Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , KM 10 Jalan Triang ,Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com


SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI ADALAH PUSAT REKREASI YANG MENERIMA BEKERJA / LATIHAN BEKERJA SERTA KHIDMAT MENJAGA OKU MENTAL YANG DI RUJUK DAN LAYAK UNTUK BERSAMA KAMI . SILA HUBUNGI KAMI ...

Wednesday, February 22, 2012

Destinasi menarik ... boleh di aturkan ..






.. asal .. tapak KDS

... terdapat di tasik Cini dan Tasek Bera ..
perjalanan ke sini boleh di aturkan dari KDS ..
2-3 jam perjalanan darat melalui kawasan perkampungan tradisi ..
ini satu aktiviti yang juga boleh di atur ..
Family trip , santai atau lebih lasak
kuala semantan @ Temerloh .. di tebing Sungai Pahang

nantikan operasi resmi ..sekitar Julai / Ogos 12.. dengan kemudahan :

1. Camp site
2. Asrama ..
3. Padang permainan dll
4. Laluan lasak di alam semula jadi ..trekking atau 4x4 ...
5. Aktiviti kegemaran anda .." bagi tau kami !! "
Jumpa anda ..




KEM DESA SEJAHTERA .. Pengantar

22.01.2012 Rabu

Assslamu'alaikum wrh ,

Menemui tuan tuan , saudara dan saudari sekelian dan

Salam hormat kepada non muslim di luar sana ..

Blog dengan tajuk ini akan menemui anda dan akan berbicara mengenai aktiviti rekreasi dan pembelajaran , latihan dan pendedahan terhadap kehidupan luar yang di anjurkan di kem dan sekitarnya . Tidak lupa ia memberi ruang kepada semua peminat 'outdoor' bertukar maklumat dan menyertai aktiviti yang di anjurkan oleh kem maupun individu , swasta , NGO sekolah dan institusi pendidikan yang dapat anda ikuti dari blog ini .

Satu perkara penting yang anda perlu tahu juga ialah di kem ini juga akan ujud satu pusat 'jagaan' dan program pemulihan OKU Mental @ Rumah Sejahtera sebagai aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat . Semua ini untuk bersama membantu dan berkhidmat kepada gulongan tersebut secara dekat . Kami percaya mereka adalah ahli masyarakat yang mampu berfungsi dan menjalani kehidupan normal apabila di beri peluang . Kami memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi di sini sehingga mereka mampu berfungsi dengan normal dan se optima mungkin .

Jadi di samping kita berekreasi di kem @ pusat rekreasi ini kita mendekati mereka yang kurang bernasib baik , berkawan dan bercerita dengan mereka . Seterusnya 'memulihkan' mereka . Ini adalah 'non profit' aktiviti yang lebih berorientasikan kebajikan . Di samping dana @ 'untong' yang di kutip dari aktiviti / kos berekreasi yang di kenakan ia adalah untuk menampung keperluan kebajikan ini . Sudah tentu sesudah di tolak kos dan perbelanjaan yang sewajarnya .

Pelbagai kemudahan rekreasi akan di sediakan .. ikuti perkembangan kami seterusnya ..


Hormat dan salam perkenalan dari kami . Terima kasih .