Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Thursday, February 14, 2013

LEBOX EXTREME PARK di KDS .

15.2.2013 Jumaat

Pengurusan KDS bersetuju untuk  mengaktifkan KDS dengan aktiviti lasak sebagai alternatif kepada para remaja dan penduduk tempatan juga sekitar merasai aktiviti lasak seperti di tempat tempat lain . Antara aktiviti yang di kenal pasti ialah .. 
 a. kemudahan ATV (all terrain vehicle) untuk di sewa dan laluan sekitar kampung dan paya .
b. tempat latihan memanah .. sewa dan merasai keseronokan sukan memanah .. tunjuk ajar akan di beri / di 
    anjurkan kepada peminat baru / lama .
c. tapak perkhemahan dan khemah untuk di sewa .
d. laluan berhalang  untuk program motivasi dan lasak ..
e. climbing wall untuk  pendedahan kepada aktiviti pendakian gunung , kembara di hutan  dsb
f.  padang permainan - sesuai untuk street soccer , bola tampar , bola jaring , takraw dsb .

h. aktiviti kem motivasi , khemah ibadat dll .


Kemudahan asas yang mencukupi untuk seisi keluarga dsb .

** Bagi Rumah Sejahtera @ RS.. sebagaimana di maklumkan terdahulu .. masih lagi menunggu dan dalam proses memohon dan mendaftar  dengan KKM  dan selepas itu  JKM . Namun untuk permulaan kami  menerima dan  akan bekerjasama  dengan Badan Kebajikan Psikiatri (BKP HoSHAS ) bagi mana mana pesakit yang stabil untuk bekerja di 'exktreme park' nanti dan tinggal di asrama sebagai pekerja . Keluarga dan pegawai perubatan boleh merujuk pesakit untuk bekerja di kem dan tinggal di RS . Pihak JKM boleh menimbangkan untuk skim bantuan OKU dengan kadar yang lebih baik . Jadi KDS dan RS akan beroperasi sebagai tempat pesakit menjalani proses pemulihan 'job placement' . Kerjasama ini pun memadai bagi membantu OKU Mental yang di rujuk dari hospital Temerloh atau program PSR Klinik Kesihatan Temerloh sekirnya mereka sudi .