Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Sunday, March 24, 2013

kem permulaan ..

15-22.3.2013 ..


Petang Jumaat 22.3.2013  berakhirlah seminggu program  Kem Jati Diri Belia Muslim . Sebaik sahaja  kereta terakhir bergerak meninggalkan kem tanda tanda hujan mula kedengaran dan langit mendung , kemudian hujan turun . Saya hanya sempat mengemas beberapa perkara seusai kem tersebut sebelum maghrib itu yang di ikuti dengan hujan turun agak lebat . Saya terpaksa menunaikan maghrib di kem begitu juga isteri dan anak yang turut meraikan peserta yang menghabiskan program mereka petang itu .


 
Dalam hati .. inilah yang di katakan rahmat Tuhan kerana selama ini ..semingu mereka berkhemah di sini hujan tidak turun tetapi sebaik sahaja mereka selesai maka hujan pun turun dengan agak lebat . Seolah semua ini terjadi agar program mereka tidak terganggu .  Saya gembira kerana mereka yang 'merasmikan' kem saya ini adalah terdiri dari bakal hufaz yang 'menerang'kan kem dengan bacaan quran dan zikir juga program motivasi Islamik .. kalau nak menaiki rumah baru kita biasa mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil serta doa selamat .. tapi kem ini di buka seminggu dengan program yang penuh dengan zikir kepada ilahi . Semoga kem ini terhindar dari perkara yang tidak di ingini dan di pelihara oleh Allah .

Terima kasih kepada anak anak bakal hufaz .. putera dan puteri .. banin dan banat .. DQ .

Acik mi .. 24.3.13 .
 

Friday, March 15, 2013

KDS .. DI LIPUTI ASAP ..

15.3.2013 ..

Pada 14.3.2013  sekitar Kem Desa Sejahtera @ Lebok Extreme Park  di selimuti asap .. kelihatan seperti berada di atas awan bersedia menyambut kehadiran para peserta Kem Jati Diri Belia Muslim yang berlangsung selama seminggu . Ini adalah kerja menyembur ubat membasmi nyamuk yang  di lakukan oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Temerloh sebagai langkah mencegah penyakit berjangkit seperti demam denggi dan malaria khasnya bawaan nyamuk . Pihak pengurusan kem dan urusetia peserta amat berterima kasih dengan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan Temerloh .

Kini KDS  bersedia pada bila bila masa menerima tetamu yang ingin mengadakan program mereka seperti di sebutkan dahulu .. Sila hubongi kami  atau datang sendiri untuk membuat tempahan dan mengatur keperluan anda di alamat : Kem Desa Sejahtera , KM 11 Jalan Triang , Kg Tg Belengu , Lebak 28000 Temerloh , Pahang .. atau no 012-9504278 .

 khemah siap di pasang oleh urusetia program @ peserta  di tapak sekitar KDS .. 
 pemasangan kanvas dsb di kawasan tambahan dan terlindung apabila 
di perlukan  bagi peserta wanita dan mereka yang memerlukan perlindungan ..
serta kegiatan tertutup .. dsb 

 kerja 'fogging' sedang di mulakan bagi membasmi nyamuk .. 
sekurang nya  menghapus nyamuk sedia ada dalam tempuh tertentu ..
 En Pian dan Badrul ..
 petugas sedang  menyembur ..
 terima kasih ..pada anda semua ...

 seolah olah di atas awan .. bergaya 
 'banner'  kem  
 dari luar kem  .. keadaan yang tidak berangin membuatkan asap dapat 
bertahan lama dan menebar rata di seluruh kem .. berkesan .. 
' banner' Kem Jati diri Belia Muslim ..  
 
Makluman dan tempahan awal perlu kerana kami hanya menerima satu program / aktiviti untuk satu masa 
( program berkumpulan dan memerlukan penginapan )