Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Thursday, August 21, 2014

TERUS BERBAKTI

21.8.2014  @ Khamis .

Sejak memulakan khidmat  Rumah Sejahtera semakin mantap dengan kehadiran dan penyertaan  klien yang bertambah .  Sokongan dari keluarga klien bertambah dan kewujudan RS tersebar ke utara dan selatan  tanah air . Pengurusan menerima panggilan dan pesanan ringkas dari mereka yang memerlukan  sejauh Hospital Batu Pahat di selatan , Ipoh di utara , Putra Jaya di barat dan Trengganu di timur . Insya Allah kami akan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan yang di terima masuk . 

Kami meminta maaf buat ketika ini kerana hanya menerima klien lelaki sahaja . Ini kerana kami  tiada kemudahan sesuai an cukup untuk perempuan begitu juga kakitangan .  Terus terang  ini adalah projek awal dan hanya berbekalkan sedikit pengalaman bekerja di bidang psikiatri di KK Temerloh dan HoHAS Temerloh . Bermodalkan  wang persaraan yang tak seberapa  saya membina  rumah dan 'balai' tetamu sebagai  sebagai memulakan kemudahan RS . 

Rakan dan masyarakat kampong hanya memerhati dan tidak kurang yang memuji atas usaha tetapi tiada yang sanggup bersama menjayakan 'usaha' secara komited . Misi dan visi mengujudkan 'penempatan' begitu perlahan  lantaran banyak kerja yang terpaksa di buat  dan bermodal sendiri . 

Alhamdulillah klien yang berdaftar dan tinggal di RS telah meningkat kepada 7 orang yang semua nya stabil dan memberi kerja sama yang baik , mudah di urus dan mesra . Dengan kehadiran klien yang bertambah saya bersemangat untuk terus menjalankan usaha dan aktiviti pemulihan yang  di rancang . Pun  begitu untuk itu saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan keluarga klien yang memberi kepercayaan bagi saya menjaga dan membantu klien ( keluarga mereka ) . Tidak lupa kepada anak saudara yang membantu secara tetap setiap bulan . 

Sesungguhnya tiada yang mahu mendapat penyakit ini .. dan juga semua orang sebenarnya boleh mengidap penyakit mental sekiranya masalah mental dan kecelaruan serta tekanan hidup tidak di urus secara baik . Saya menerima mereka yang berumur 59 tahun dan yang paling muda 36 tahun . Mereka bermula dengan masalah yang biasa tekanan dan kcelaruan keluarga dan tidak ketinggalan terlibat dengan dadah . Namun itu adalah liku kehidupan dari  berbagai bentuk dan cabaran kehidupan ini . 

Tidak bermaksud kali ini  untuk bercerita satu persatu pun  tidak untuk menerangkan mengenai penyakit ini ( mungkin di lain ksempatan ) . Kini saya hanya  ingin berkongsi berita dan sedikit unjuran mengenai RS .. 

Terletak di  perkampungan Melayu dan menerima permintaan dari ramai 'keluarga' klien lelaki dan perempuan saya berhasrat untuk membina beberapa bangunan ala chalet yang boleh memuat  4 - 5 orang dengan satu bilik ' warden' bagi klien dan sesuai untuk beberapa orng klien lelaki maupun perempuan . Juga seduai untuk tempat bermalam keluarga dan musafir dan urusetia kem motivasi yang di adakan di penempatan ini yang juga saya buka untuk di adakan program hari keluarga , tempat rehat sementara bagi mereka yang  berminat tinggal di 'outdoor' ala homestay dan sebagainya . Sesuai dengan hasrat saya  menjadikan  tempat ini sebagai destinasi riadhah  dan rekreasi penduduk khasnya pemuda .

Bagi mereka dan anda yang berminat untuk turut serta atau berkunjung dan memerlukan tempat berehat dan pengalaman  rekreasi di outdoor boleh hubongi saya .    
    





beberapa gambar di atas ialah gambar program hari keluarga BKP  
yang di adakan awal tahun2014 yang lalu ..

Gambar klien yang awal mendaftar dan  keluarga ...   dan admin