Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Wednesday, March 18, 2015

SETAHUN BERLALU .. MAC 2014 - 2015









17MAC 2015
Beberapa minggu lagi  genaplah sudah  Rumah Sejahtera menabur bakti . Sepanjang perjalanan itu berbagai  liku dan panas hujan di lalui . Tidaklah  berat ., cuma betapa cepat di rasai masa berlalu dan semua di lalui tanpa halangan dan bebanan . Urusan pendaftaran dengan pihak berkuasa hampir selesai . Sekarang sudah boleh menarik nafas lega .
Di saat awal operasi  kami hanya bermula  dengan dua orang klien untuk tinggal di RS . Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1435 meningkat kepada 4 yang kemudian bertambah kepada 12 orang menjelang Oktober 2014 . Namun beberapa orang menarik diri  dan di nasihati supaya belajar di tempat lain @ pondok berikutan beliau lebih baik menyambung pelajaran di pondok . Seorang di nasihati menjalani rawatan lanjut di hospital sementara dua darinya menarik diri lantaran lebih selesa tinggal di rumah @ kampung  berhampiran  dengan RS .

Klien beriadhah  .... sesama sendiri

Menjelang ulang tahun @ Mac 2015 kami mempunyai 9 (sembilan ) orang klien yang terus tinggal di RS . Terima kasih atas sokongan keluarga . Namun begitu beberapa klien juga tidak dapat di terima kerana ketiadaan tempat @ fullhouse . Buat sementara kami boleh menampung 10 orang lelaki sahaja . Permintaan masuk khasnya perempauan tidak dapat di terima . Kesimpulannya  potensi dan  kelanjutan perkhidmatan ini adalah baik dan mendapat sambutan .  Kami berhasrat menambah  kemudahan  agar lebih ramai yang boleh di terima masuk ke RS . 


.
Begitu pun RS sekarang berstatus  Pusat Jagaan selepas urusan mendaftar dan mendapatkan kelulusan operasi dengan  pihak berkuasa . RS sekarang  di kenali sebagai Pusat Jagaan Rumah Sejahtera ( OKU- Psy) bagi memudahkan proses mendapatkan lesen dan operasi  di bawah bidang kuasa JKM