Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , KM 10 Jalan Triang ,Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com


SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI ADALAH PUSAT REKREASI YANG MENERIMA BEKERJA / LATIHAN BEKERJA SERTA KHIDMAT MENJAGA OKU MENTAL YANG DI RUJUK DAN LAYAK UNTUK BERSAMA KAMI . SILA HUBUNGI KAMI ...

Monday, July 16, 2012

KDS akan bercahaya ..

18.7.2012
KDS bakal menerima bekalan letrik bagi meneruskan pembinaan yang tertangguh . Menjelang Ramadhan pihak pengurusan akan mengadakan beberapa siri mesyuarat  dan pertemuan  dengan bakal AJK  dan pengendali  KDS khususnya bagi Rumah Sejahtera yang memerlukan beberapa proses pendaftaran dan kelulusan / permit dari agensi tertentu .

Begitu juga bagi aktiviti rekreasi  dan latihan ... yang akan di buka kepada masyarakat awam .. pelajar sekolah dan IPT , NGO, Swasta , belia dan penggiat rekreasi untuk mengadakan aktiviti masing masing . Pihak KDS akan menyediakan tempat dan kemudahan asas .. manakala peserta / penganjur aktiviti  boleh menyediakan jurulatih , fasilitator sendiri  mengikut  keperluan  dan aktiviti mereka .

 bahagian hadapan  pejabat pengurusan KDS  siap di cat  
sedang menunggu untuk di sambung bekalan lerik ..
sesuai bagi menerima tetamu  , info , berehat dan  solah .. 
makan minum  juga akan di sediakan tempat yang sama .. 
 bangunan asrama / rumah sejahtera sedang di cat  
dan menanti bekalan letrik ..80%
 setor dan tangki air besar (1) untuk  bekalan yang mencukupi 
kepada pengguna dan pengungjung .. di bahagian belakang 
kelihatan bangunan tandas awam .. 
tapak  pembinaan padang serbaguna bagi pengunjung dan pengguna
Pentadbiran KDS akan terus membina gelangang hingga menjadi satu
pusat kegiatan  masyarakat remaja / belia setempat dan pengungjung .. 
 dari sisi lain .. masih ada kawasan lapang yang boleh di bangunkan 
sebagai  tapak aktiviti rekreasi ..  mungkin gelangang  BMX  dsb 
gelanggang serbaguna dari sisi yang lain ..
 asrama dari sisi yang lain .. sedang  di cat dsb ..

Pihak KDS akan menganjurkan ' Kelab Rekreasi ' untuk  semua khasnya belia dan remaja tempatan  mengambil bahgian dan faedah dari keujudan KDS . Mereka akan menjadi 'resident' bagi kegiatan rekreasi  dan sukan di samping menjadi 'petugas' yang berpotensi . 

Jadi operasi KDS adalah Rekreasi dan kegiatan luar 'outdoor' serta latihan  bagi menampung ' kemeriahan dan kewangan KDS dan kebajikan atau khidmat awam 'Rumah Sejahtera'  sebagai pusat latihan , pemulihan dan penjagaan OKU Mental (fokus) , warga emas dsb .

Sumbangan dan penajaan dari individu dan lain lain .. adalah di  buka .. nanikan  pelancaran nya ..

Sekian ..

Masai Johor ..18.7.2012 @  menziarahi dan menyambut cucu baru .