Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Wednesday, December 26, 2012

PERSEDIAAN ... SABAR MENANTI ..

27.12.2012 @ Khamis

Dek kesuntukan masa maka hari ini  dapat up date blog ni .
Menjelang 2013 pihak pengurusan memang berhasrat untuk  memulakan operasi Rumah Sejahtera @ menerima kemasukan  'client' namun ada berbagai langkah yang perlu di lalui . Kelulusan menubuhkan 'rumah jagaan kejururawatan psikiatri' , pendaftaran dengan KKM dan lesen dari KKM . Tanpa semua ini ia di kira tidak 'selamat' dan boleh di dakwa . Bagaimanapun tidak mengapa hanya memerlukan beberapa minggu / bulan sahaja . Cuma cukup memberi  ujian pada tahap kesabaran semua . Terima kasih kepada yang mengunjungi blog ini dan yang berhasrat untuk menyokong dan menyertai RS . Ok itu urusan pentadbiran dan akan di usahakan secepat mungkin .

Berdasarkan sokongan pelbagai pihak  khasnya AJK Kerja RS dan BKP ( Badan  Kebajikan Psikiatri HoSHAS ) proses pendaftaran dan persediaan kemudahan asas tidak menghadapi masalah . Doakan lah .

Pada 19.12.2012 yang lalu sepasukan sukarelawan @ AJK Kerja RS dan BKP telah datang mengadakan aktiviti gotong royong menanam pokok hiasan dan membersih sekitar RS sebagai persediaan memulakan operasi RS menjelang 2013 .  Adalah di jangkakan akan berlaku sedikit kelewatan . 

Beberapa gambar berikut sebagai rekod ..sokongan dan harapan  pihak AJK RS dan BKP untuk melihat RS beroperasi dan memberikan khidmat bakti kepada gulongan yang tidak bernasib baik .


AJK dan BKP sedang membersih sekitar RS
Sis Asiah n Dr Nurul n Anas ..di belakang AJK  lain 
berihat sambil  mengalas perut ..
Dr Firdaus dan ajk RS .. riang  memberi khidmat bakti ...santai 
beberapa ajk lain ..
ceria dan santai .. meriah ..
kerja keras semula .. sebelum balik .. kumpulkan batu simen untuk 

Sekian dan Terima kasih pada semua ... 









Thursday, December 6, 2012

HARI KELUARGA 2012

 AJK sedang bermesyuarat .. perancangan ..
 suasana awal persediaan .. 
 persediaan 'wiring ' 
 tukang masak sedang menyediakan tempat .. bersedia ..
 tetamu veteran sedang berehat ...

 YDP Hj Jusoh Darus .. 
 ikan patin , talapia dan daging kambing sedang di bakar ... 
 .. dah siap .. boleh di hidang .. 
 urusetia ..
 En Ismail Hyatt .. seang menyediakan pameran lukisan nya .. 
 antara lukisan beliau yang menarik perhatian .. 
 sedang melayani persoalan   
 mengambil kesempatan untuk bergambar bersama lukisan ...
 majlis penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan nama bertuah ..
 antara peserta di akhir program .. 
Hj Sham , Farid dan TYDP ...

6.12.2012 .. Khamis .

Selepas 5 hari berlalu Hari Keluarga Kawasan Tenmerloh baru saya mempunyai kesempatan untuk menulis sedikit catitan dan up load beberapa gambar  kenangan . Terlebih dahulu ingin saya jelaskan Kem Desa Sejahtera  bersikap non partisan  secara organisasi tetapi individu terpulang . Kali ini PAS Kawasan Temerloh dan Cawangan Tg Kerayong mengadakan hari keluarga sempena 10 tahun penubuhan . Program ini di anjurkan bersama  Lajnah Kebajikan PAS Temerloh dan Cawangan T Kerayong pada 1 dan 2 .12.2012 yang lalu .

Program santai untuk seisi keluarga menyediakan  suasana sekitar kem yang tenang dan damai.    Walaupun hujan renyai awal nya tetapi  tidak menganggu  acara yang diadakan . Bermula dengan solah Maghrib dan isya  berjemaah di ikuti dengan  makan malam kemudian Borak santai bersama veteran PAS Temerloh iaitu Pak Sheikh husin bin sheikh Jaafar dan Ust Alias bin Sicik . Program di serikan dengan jamuan BBQ yang di sediakan oleh pemuda . Pengkisahan kedua tetamu veteran ini kadangkala mencuit hati namun ia mempunyai mesej bagi gulongan pelapis betapa jerih payah memulakan perjuangan hingga hari ini PAS bersama PR mampu menggugat wewenang  sang pemerintah yang goyah menghadapi PRU13 . 

Tidak berhajat untuk menceritakan sejarah PAS  kerana itu hak mereka  yang berjuang dalam arena politik tanah air sebagai organisasi yang berdaftar dan sah di sisi perlembagaan dengan membawa misi 'Membangun Bersama Islam' dsb  hingga kini  'Negara Berkebajikan'. 

Perlu di ingat ialah  KDS  telah bersedia  menerima tetamu yang dari mana dan siapa saja asalkan  aktiviti yang di anjurkan adalah kebaikan dan tidak bercanggah dengan tradisi dan hukum Islam . Begitu pun tujuan  asal KDS untuk mengujudkan ' pusat / rumah jagaan dan pemulihan OKU Mental ' @ Rumah Sejahtera  sedang di peringkat akhir dengan tertubuhnya AJK Kerja baru baru ini . 

19.12.2012 adalah hari bersejarah di mana Jabatan Psikiatri  melalui Badan Kebajikan akan mengadakan program 'outreach' mereka bersama AJK Kerja Rumah Sejahtera  akan bergotong royong membersih dan menyediakan Rumah Sejahtera untuk menerima tetamu / 'client' . Program perasmian  akan di adakan di penghujung bulan Disember ini dan di jangka beroperasi  seawal 2013 mudah mudahan . Nama yang bersesuaian sedang di fikirkan bagi menerangkan misi dan visi Rumah Sejahtera .

RUMAH SEJAHTERA :
1. Program  penjagaan dan pemulihan OKU Mental .
2. Program  Penjagaan dan Pemulihan Psikososial di Komuniti 
    anjuran Badan Kebajikan Psikiatri  
3. Community Psycho Social Rehabilitation dan Care Centre . ' CPSRCC ' .   
    ( Pusat Jagaan dan Pemulihan Psiko Sosial  di Komuniti )

Namun anda yang berminat untuk  mengadakan dan merasai  suasana damai , berkhemah dan  beramah mesra dengan angin kampong , paya dan  nyamuk sila hubungi  Pengurusan KDS  seperti alamat dan nombor talipon di muka depan . 

Terima kasih ..