Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Wednesday, December 26, 2012

PERSEDIAAN ... SABAR MENANTI ..

27.12.2012 @ Khamis

Dek kesuntukan masa maka hari ini  dapat up date blog ni .
Menjelang 2013 pihak pengurusan memang berhasrat untuk  memulakan operasi Rumah Sejahtera @ menerima kemasukan  'client' namun ada berbagai langkah yang perlu di lalui . Kelulusan menubuhkan 'rumah jagaan kejururawatan psikiatri' , pendaftaran dengan KKM dan lesen dari KKM . Tanpa semua ini ia di kira tidak 'selamat' dan boleh di dakwa . Bagaimanapun tidak mengapa hanya memerlukan beberapa minggu / bulan sahaja . Cuma cukup memberi  ujian pada tahap kesabaran semua . Terima kasih kepada yang mengunjungi blog ini dan yang berhasrat untuk menyokong dan menyertai RS . Ok itu urusan pentadbiran dan akan di usahakan secepat mungkin .

Berdasarkan sokongan pelbagai pihak  khasnya AJK Kerja RS dan BKP ( Badan  Kebajikan Psikiatri HoSHAS ) proses pendaftaran dan persediaan kemudahan asas tidak menghadapi masalah . Doakan lah .

Pada 19.12.2012 yang lalu sepasukan sukarelawan @ AJK Kerja RS dan BKP telah datang mengadakan aktiviti gotong royong menanam pokok hiasan dan membersih sekitar RS sebagai persediaan memulakan operasi RS menjelang 2013 .  Adalah di jangkakan akan berlaku sedikit kelewatan . 

Beberapa gambar berikut sebagai rekod ..sokongan dan harapan  pihak AJK RS dan BKP untuk melihat RS beroperasi dan memberikan khidmat bakti kepada gulongan yang tidak bernasib baik .


AJK dan BKP sedang membersih sekitar RS
Sis Asiah n Dr Nurul n Anas ..di belakang AJK  lain 
berihat sambil  mengalas perut ..
Dr Firdaus dan ajk RS .. riang  memberi khidmat bakti ...santai 
beberapa ajk lain ..
ceria dan santai .. meriah ..
kerja keras semula .. sebelum balik .. kumpulkan batu simen untuk 

Sekian dan Terima kasih pada semua ... 









No comments:

Post a Comment