AJK sedang bermesyuarat .. perancangan ..
suasana awal persediaan ..
persediaan 'wiring '
tukang masak sedang menyediakan tempat .. bersedia ..
tetamu veteran sedang berehat ...
YDP Hj Jusoh Darus ..
ikan patin , talapia dan daging kambing sedang di bakar ...
.. dah siap .. boleh di hidang ..
urusetia ..
En Ismail Hyatt .. seang menyediakan pameran lukisan nya ..
antara lukisan beliau yang menarik perhatian ..
sedang melayani persoalan
mengambil kesempatan untuk bergambar bersama lukisan ...
majlis penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan nama bertuah ..
antara peserta di akhir program ..
Hj Sham , Farid dan TYDP ...
Selepas 5 hari berlalu Hari Keluarga Kawasan Tenmerloh baru saya mempunyai kesempatan untuk menulis sedikit catitan dan up load beberapa gambar kenangan . Terlebih dahulu ingin saya jelaskan Kem Desa Sejahtera bersikap non partisan secara organisasi tetapi individu terpulang . Kali ini PAS Kawasan Temerloh dan Cawangan Tg Kerayong mengadakan hari keluarga sempena 10 tahun penubuhan . Program ini di anjurkan bersama Lajnah Kebajikan PAS Temerloh dan Cawangan T Kerayong pada 1 dan 2 .12.2012 yang lalu .
Program santai untuk seisi keluarga menyediakan suasana sekitar kem yang tenang dan damai. Walaupun hujan renyai awal nya tetapi tidak menganggu acara yang diadakan . Bermula dengan solah Maghrib dan isya berjemaah di ikuti dengan makan malam kemudian Borak santai bersama veteran PAS Temerloh iaitu Pak Sheikh husin bin sheikh Jaafar dan Ust Alias bin Sicik . Program di serikan dengan jamuan BBQ yang di sediakan oleh pemuda . Pengkisahan kedua tetamu veteran ini kadangkala mencuit hati namun ia mempunyai mesej bagi gulongan pelapis betapa jerih payah memulakan perjuangan hingga hari ini PAS bersama PR mampu menggugat wewenang sang pemerintah yang goyah menghadapi PRU13 .
Tidak berhajat untuk menceritakan sejarah PAS kerana itu hak mereka yang berjuang dalam arena politik tanah air sebagai organisasi yang berdaftar dan sah di sisi perlembagaan dengan membawa misi 'Membangun Bersama Islam' dsb hingga kini 'Negara Berkebajikan'.
Perlu di ingat ialah KDS telah bersedia menerima tetamu yang dari mana dan siapa saja asalkan aktiviti yang di anjurkan adalah kebaikan dan tidak bercanggah dengan tradisi dan hukum Islam . Begitu pun tujuan asal KDS untuk mengujudkan ' pusat / rumah jagaan dan pemulihan OKU Mental ' @ Rumah Sejahtera sedang di peringkat akhir dengan tertubuhnya AJK Kerja baru baru ini .
19.12.2012 adalah hari bersejarah di mana Jabatan Psikiatri melalui Badan Kebajikan akan mengadakan program 'outreach' mereka bersama AJK Kerja Rumah Sejahtera akan bergotong royong membersih dan menyediakan Rumah Sejahtera untuk menerima tetamu / 'client' . Program perasmian akan di adakan di penghujung bulan Disember ini dan di jangka beroperasi seawal 2013 mudah mudahan . Nama yang bersesuaian sedang di fikirkan bagi menerangkan misi dan visi Rumah Sejahtera .
RUMAH SEJAHTERA :
1. Program penjagaan dan pemulihan OKU Mental .
2. Program Penjagaan dan Pemulihan Psikososial di Komuniti
anjuran Badan Kebajikan Psikiatri
3. Community Psycho Social Rehabilitation dan Care Centre . ' CPSRCC ' .
( Pusat Jagaan dan Pemulihan Psiko Sosial di Komuniti )
Namun anda yang berminat untuk mengadakan dan merasai suasana damai , berkhemah dan beramah mesra dengan angin kampong , paya dan nyamuk sila hubungi Pengurusan KDS seperti alamat dan nombor talipon di muka depan .
Terima kasih ..
No comments:
Post a Comment