Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , KM 10 Jalan Triang ,Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com


SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI ADALAH PUSAT REKREASI YANG MENERIMA BEKERJA / LATIHAN BEKERJA SERTA KHIDMAT MENJAGA OKU MENTAL YANG DI RUJUK DAN LAYAK UNTUK BERSAMA KAMI . SILA HUBUNGI KAMI ...

Friday, November 16, 2012

Program sulong ..di KDS ..

14.11.2012 @ Rabu
Beberapa orang nak muda telah berjanji untuk hadir ke KDS bagi manjayakan program  'Usrah' dan qiamulail . Mereka adalah ahli jemaah masjid yang konsisten .. ada yang telah melanjutkan pelajaran ke UTM  , MMU ,  ada pula yang berkursus di syarikat perkapalan dan ada yang masih di tingkatan 5. 15.11. adalah hari cuti Maal Hijrah  jadi mereka berada di kampong .

Mereka terlewat sampai di KDS selepas jam 10.30 malam seperti di janjikan  namun  begitu teruja apabila sampai di KDS untuk program 'tarbiyah' yang mereka tekuni . Bukan sahaja di kampung tetapi di tempat mereka belajar UTM , MMU  mereka mengikuti program yang hampir sama . Aktiviti luar yang di janjikan di KDS nanti  mampu menarik minat pemuda dan  remaja seperti mereka .

Selepas menjamu selera dengan ikan bakar  yang mereka sediakan sendiri di KDS mereka mula di beri pengisian dalaman dan kefahaman  Apa erti saya menganut Islam ...dari buku Ust Fathy Yakan ..mujahidin dari Lebanon . Tanpa di sedari jam sudah 02.15 pagi apabila selesai perbincangan . Rehat lah .. yang kemudian bangun awal untuk solat subuh berjemaah yang kemudian di isi dengan 'kuliah subuh' .. menangani hijrah . tuagas pemuda dan ancaman  semasa dari musuh musuh Islam yang membuai muslim dengan pendekatan tiga 'S' @ Sport , Sex dan Social  ( Sukan , Sek , dan seni / budaya pergaukan bebas dsb ) 

Selesai minum pagi .. mereka di bawa merentas  laluan paya dan ladang sawit ..mengenali sekitar kampung mereka untuk beberapa minit . Dek terlalu mengantuk dan letih .. pertemuan kali ini di tangguhkan pada jam 10.30 pagi sahaja , pun ada antara mereka yang akan ke bandar untuk urusan  tertentu . 

Begitulah gambaran aktiviti yang boleh diadakan di KDS . Pihak penganjur / pemilik  biasa sahaja menerima tempahan dan menuruskan aktiviti sedemikian atau  pelanggan  sendiri  menetapkan akivti dan penyelaras kem akan membantu . 

Aktiviti  yang bakal di adakan dalamasa terdekat ialah : Mesyuarat AJK TK pada 16.11.12 , mesyuarat persiapan Hari Keluarga Kawasan Temerloh pada 20.11.12  dan 26.11.12 Usrah AJK Kawasan mulai maghrib . Begitu lah pada 1-2.12.2012 Hari Keluarga  akan di adakan oleh Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Cawangan Tg Kerayong sempena 10 tahun penubuhan organisasi mereka . Program akan di isi engan aktiviti kekeluargaan , sukaneka , pemeriksaan kesihatan , 'talk show' bersama orang lama dan istimewa nya pertunjukan melukis 'live' oleh Ismail Hyatt  dan pameran lukisan / karya beliau yang masih tersimpan .

Anda semua boleh membuat tempahan dengan menghubungi  pengurus KDS walau masih banyak yang belum di sediakan tetapi kemudahan asas khasnya untuk outdoor sudah di kira  OK . Selamat bertemu di KDS .

Sekian terima kasih .