Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Friday, March 30, 2012

Arts Gallery ..??


Satu lagi ... tarikan @ faktor yang bakal memeriahkan KDS nanti .. rakan ku seorang pelukis yang terkenal khasnya di kalangan peminat lukisan dan rakan pelukis .. boleh di katakan pakar melukis potret , figur dan pemandangan yang telah mencipta nama di ibu negeri Pahang khasnya Hotel Hyatt Kuantan . Beliau di kenali sebagai Ismail-hyatt ( trade mark) di kalangan peminat dan pelanggan pelanggan yang selalu memilih beliau untuk melukiskan potret dan gambar gambar kenangan mereka . Bermula di bangku sekolah minatnya melukis di kembangkan , walaupun pernah berkerjaya di PDRM kemudian di Jabatan Haiwan tetapi minat dan bakat nya tidak mengizinkannya kekal dengan pekerjaan yang rutin. Banyak 'mencuri' masanya untuk berkarya lantas beliau meletak jawatan .. bekerja sendiri sehingga di beri peluang oleh kenalannya menjadi resident artist di art gallery Hotel Hyatt Kuantan .. banyak kejayaan telah di lakarnya juga pengalaman di timba ..

Lukisan beliau juga telah menjelajah ke Eropah melalui pelancung yang menginap di Hyatt Kuantan . Di Belgium ( kalau tak silap) lukisannya Mother Theressa di semadikan di muzium di sana begitu juga pernah ke Australia melukis sebuah mural di sebuah SPA . Boleh di katakan telah banyak hasil karya beliau keluar negeri dan tidak ketinggalan di negara sendiri dimana lukisan terbaru beliau juga menjadi penghias dinding sebuah bilik di istana baru Sultan Pahang .

Beliau kini menyambung karya di kampung halaman .. menkmati kedamaian di tanah kelahiran bertemu sanak saudara dan kawan taulan sepermainan . Banyak cerita beliau yang boleh di nukilkan .. namun sementara beberapa hasil kerja beliau di siarkan untuk di kongsi ..
cuma ..SUDIKAH BELIAU BERKARYA DI KDS PULA ..??

di bawah adalah gambar dan hasil terkini beliau .. seorang kenalan / pelangan tetap dari Denmark mencari beliau di kampung untuk menempah lukisan seperti di siarkan .. dengan ehsan beliau .. semalam ( 30.3.2012 )

sedang tekun melukis ..
hasil terkini yang menunggu untuk di poskan ...
satu lagi kerja yang hampir siap ... tempahan dari Denmark juga ..
begini lah keadaan ruang kerja seorang artis ...
hasil kerja yang halus dan membanggakan ..

30.3.2012

Ps . lihat juga cerita beliau dalam blog Hidupberjasa.blogspot.com (Pulang ke gagang)@ April2011 .




No comments:

Post a Comment