Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Monday, October 8, 2012

MESYUARAT PENUBUHAN AJK KERJA

28.9.12 @ Jumaat .

Telah berlangsung mesyuarat  bagi menggerakkan rumah jagaan dan pemulihan OKU Mental sebagaimana berikut :


MINIT  MESYUARAT  PENUBUHAN  AHLI  JAWATANKUASA  RUMAH SEJAHTERA . 

TEMPAT               : BILIK SEMINAR  WAD KENANGA 9  HoSHAS  TEMERLOH  .
TARIKH                : 28Hb SEPT.  2012 @ 03.00 PTG .

KEHADIRAN :
1.            Dr Firdaus bt Abd Gani                                   Pengerusi BKP  
2.            En Shohaimi  b Abdul Latiff                                         
3.            Cik Mariani bt Ramli                                       
4.            Pn Rosnani binti Malek Muin                     
5.            Pn Nor Azah binti Abd Aziz
6.            En Mohd firdaus bin Abdullah
7.            En Ahmad bin Hashim
8.            Pn Nik Zuriah binti Nik Ibrahim
9.            Pn Azwhida binti Abu Bakar
10.          Cik Farah Wahedah binti Zulkifli
11.          En Ahmad Faizun bin Yunus @ Aziz

Bil           Agenda dan  tindakan :

  1. Ucapan  Aluan Pengerusi .          
Pengerusi  @ En Shohaimi  mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua . Menjelaskan mesyuarat hari ini adalah mesyuarat pertama atau mesyuarat penubuhan Ahli Jawatankuasa Kerja Rumah Sejahtera sebagaimana pada mesyuarat BKP ke 3 @ 5.9.2012 yang lalu telah meluluskan satu aktiviti mengadakan satu pusat / rumah  penjagaan dan pemulihan OKU Mental. Petikan minit mesyuarat seperti berikut :

6.2  Aktiviti Rumah Jagaan dan Pemulihan di komuniti .
Kertas cadangan Rumah Sejahtera sebagai pusat untuk menjalankan perkhidmatan penjagaan dan pemulihan OKU Mental di komuniti telah di bentangkan .

Majlis bersetuju Rumah Sejahtera ini dijadikan sebagai aktiviti BKP khusus menjalankan khidmat penjagaan dan pemulihan OKU Mental @ pesakit mental di komuniti yang di kenal pasti boleh membantu mengurangkan risiko ’relapse’ dan kemasukan semula ke wad . Rumah atau aktiviti ini akan di uruskan oleh Ahli Jawatankuasa sendiri dengan syarat dan peraturan mereka di bawah nasihat dan pemantauan Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS . Mereka di benarkan mempunyai dana dan akaun bank sendiri  bagi memudahkan  operasi dan kegiatannya melalui yuran peserta dan sumbangan orang awam , swasta dan sebagainya. Mereka juga akan mengikut peraturan Akta Kesihatan Mental 2010 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat .
                                                Tindakan Setiausaha  /  Penganjur Rumah Sejahtera .

Mesyuarat adalah untuk memberi takimat kepada yang hadir dan seterusnya perlantikan ahli jawatankuasa yang akan menjalankan aktiviti tersebut .                                 
                                                                                               
  1. Taklimat misi dan visi  Rumah Sejahtera .            
Misi dan visi Rumah Sejahtera telah di bentangkan oleh En Shohaimi bin Abdul Latiff  . Pembentangan tersebut adalah bagi menjelaskan kepada hadirin secara jelas fungsi ,visi dan misi , syarat kemasukan dan piawai operasi Rumah Sejahtera . rujuk  kertas cadangan lengkap .

Majlis menerima dan bersedia untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja sementara Pakar Psikiatri  merangkap Pengerusi BKP Dr Firdaus binti Abd Gani bersetuju sebagai penasihat kepada Rumah Sejahtera. 
                                                                                                                                                Makluman 
  1. Perlantikan Ahli Jawatankuasa .
Berikut adalah nama nama mereka yang di lantik dan bersetuju sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja yang akan memegang amanah menggerakkan Rumah Sejahtera .

Penasihat            : Dr Firdaus binti Abd Gani

1. Pengerusi            : En Shohaimi  bin  Abdul Latiff
2. Tim. Pengerusi    : Pn Rosnani binti Malek Muin
3. Setiausaha          : Cik Mariani binti Ramli                
4. Bendahari           : Pn Nor Azah binti Aziz 
5. Kebajikan          : En M Firdaus bin M Abdullah
6. Keselamatan       : En Ahmad bin Hashim
7. Rehabilitasi          : Cik Farah Waheeda  binti Zulkifli
8. Rekreasi              : Pn Azwahida binti  Abu Bakar
9. Sajian                  : Pn Asiah binti Tahir 
10. Keceriaan          : Pn Nik Zuriah binti Nik Ibrahim  
11. Pengangkutan     : En M Salehin bin Mahmud
12. Rencam              : En Shamsul Kamal bin  Manaf
13. Kerohanian         : Ust.  A Hamid bin Isa 

Ahli Jawatankuasa Kerja  Rumah Sejahtera tidak akan tertakluk dengan perubahan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Psikiatri  yang memilih jawatankuasa setiap 3 tahun sekali kecuali beliau menarik diri atau dengan  keputusan dua pertiga (2/3) ahli jawatankuasa atau berlaku kesalahan tatatertib dan di sabitkan oleh mahkamah .

Surat makluman dan pengesahan sabagai Ahli Jawatankuasa Kerja Rumah Sejahtera akan di edarkan kepada semua yang di lantik .

  1. Penutup .           

Majlis di tangguhkan pada jam 05.00 petang .
TT 


Dengan tertubuhnya AJK ini maka akan bermula operasi Rumah Sejahtera . Proses seterusnya ialah untuk mendaftarkan perkhidmatan ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat  dan KKM . Semoga di permudahkan dan kepada semua AJK yang di pilih  di ucapkan tahniah  dan terima kasih . Sesungguhnya  anda semua  memilikki 'hati emas' yang sukar di cari dan payah di ganti . DARE TO CARE dan anda berani.  

Terima kasih ..

No comments:

Post a Comment