Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , KM 10 Jalan Triang ,Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com


SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI ADALAH PUSAT REKREASI YANG MENERIMA BEKERJA / LATIHAN BEKERJA SERTA KHIDMAT MENJAGA OKU MENTAL YANG DI RUJUK DAN LAYAK UNTUK BERSAMA KAMI . SILA HUBUNGI KAMI ...

Wednesday, March 18, 2015

SETAHUN BERLALU .. MAC 2014 - 2015









17MAC 2015
Beberapa minggu lagi  genaplah sudah  Rumah Sejahtera menabur bakti . Sepanjang perjalanan itu berbagai  liku dan panas hujan di lalui . Tidaklah  berat ., cuma betapa cepat di rasai masa berlalu dan semua di lalui tanpa halangan dan bebanan . Urusan pendaftaran dengan pihak berkuasa hampir selesai . Sekarang sudah boleh menarik nafas lega .
Di saat awal operasi  kami hanya bermula  dengan dua orang klien untuk tinggal di RS . Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1435 meningkat kepada 4 yang kemudian bertambah kepada 12 orang menjelang Oktober 2014 . Namun beberapa orang menarik diri  dan di nasihati supaya belajar di tempat lain @ pondok berikutan beliau lebih baik menyambung pelajaran di pondok . Seorang di nasihati menjalani rawatan lanjut di hospital sementara dua darinya menarik diri lantaran lebih selesa tinggal di rumah @ kampung  berhampiran  dengan RS .

Klien beriadhah  .... sesama sendiri

Menjelang ulang tahun @ Mac 2015 kami mempunyai 9 (sembilan ) orang klien yang terus tinggal di RS . Terima kasih atas sokongan keluarga . Namun begitu beberapa klien juga tidak dapat di terima kerana ketiadaan tempat @ fullhouse . Buat sementara kami boleh menampung 10 orang lelaki sahaja . Permintaan masuk khasnya perempauan tidak dapat di terima . Kesimpulannya  potensi dan  kelanjutan perkhidmatan ini adalah baik dan mendapat sambutan .  Kami berhasrat menambah  kemudahan  agar lebih ramai yang boleh di terima masuk ke RS . 


.
Begitu pun RS sekarang berstatus  Pusat Jagaan selepas urusan mendaftar dan mendapatkan kelulusan operasi dengan  pihak berkuasa . RS sekarang  di kenali sebagai Pusat Jagaan Rumah Sejahtera ( OKU- Psy) bagi memudahkan proses mendapatkan lesen dan operasi  di bawah bidang kuasa JKM






























No comments:

Post a Comment