Aluan ..

Selamat datang dan teruskan melayari blog ni .. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa maklumat .. Anda mungkin mencari destinasi percutian hujong minggu , mencari tempat untuk melepas lelah setelah berjalan jauh kerana menziarahi keluarga dan yang penting ialah kami menyediakan penempatan OKU Mental @ Pusat Jagaan Rumah Sejahtera (OKU-psy ) . Hubungi kami .. En Shohaimi 012-9504278 @ d/a Lot 1848 , Jalan Teratai , Kampung Tanjung Belengu , Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .@ simialali08@yahoo.com

SELAIN DARI ITU BLOG INI KHUSUS BAGI BERKONGSI RASA DAN MAKLUMAT SERTA CAKNA TERHADAP GULUNGAN OKU KHASNYA OKU MENTAL ... KAMI JUGA BERCADANG UNTUK MENJADIKAN SEKITARNYA SEBAGAI PUSAT REKREASI AWAM ...
SILA HUBUNGI KAMI ...

Sunday, March 24, 2013

kem permulaan ..

15-22.3.2013 ..


Petang Jumaat 22.3.2013  berakhirlah seminggu program  Kem Jati Diri Belia Muslim . Sebaik sahaja  kereta terakhir bergerak meninggalkan kem tanda tanda hujan mula kedengaran dan langit mendung , kemudian hujan turun . Saya hanya sempat mengemas beberapa perkara seusai kem tersebut sebelum maghrib itu yang di ikuti dengan hujan turun agak lebat . Saya terpaksa menunaikan maghrib di kem begitu juga isteri dan anak yang turut meraikan peserta yang menghabiskan program mereka petang itu .


 
Dalam hati .. inilah yang di katakan rahmat Tuhan kerana selama ini ..semingu mereka berkhemah di sini hujan tidak turun tetapi sebaik sahaja mereka selesai maka hujan pun turun dengan agak lebat . Seolah semua ini terjadi agar program mereka tidak terganggu .  Saya gembira kerana mereka yang 'merasmikan' kem saya ini adalah terdiri dari bakal hufaz yang 'menerang'kan kem dengan bacaan quran dan zikir juga program motivasi Islamik .. kalau nak menaiki rumah baru kita biasa mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil serta doa selamat .. tapi kem ini di buka seminggu dengan program yang penuh dengan zikir kepada ilahi . Semoga kem ini terhindar dari perkara yang tidak di ingini dan di pelihara oleh Allah .

Terima kasih kepada anak anak bakal hufaz .. putera dan puteri .. banin dan banat .. DQ .

Acik mi .. 24.3.13 .
 

No comments:

Post a Comment